Perbarisan pertama ke Rom Lucius_Cornelius_Sulla

    Maklumat selanjutnya: Perang saudara pertama Sulla

Sebagai konsul, Sulla bersedia untuk berlepas sekali lagi ke Timur, untuk bertempur dalam Perang Mithridatic Pertama, melalui perlantikan oleh Senate. Tetapi dia akan meninggalkan masalah di belakangnya. Marius kini seorang yang tua, tetapi dia masih mahu memimpin tentera Rom menentang Raja Mithridates VI dari Pontus. Sebelum berlepas ke Timur, Sulla dan rakannya Quintus Pompeius Rufus menghalang legislation of the tribune Publius Sulpicius Rufus bagi memastikan penyusunan semula Perikatan Itali dalam warganegara Rom. Apabila Sulpicius mendapat sokongan dari Marius yang akan menyokong akta ("bill"), dia menyusuh penyokongnya merusuh. Sulla kembali ke Rom dari kepongan di Nola untuk berjumpa dengan Pompeius Rufus, bagaimanapun penyokong Sulpicius menyerang pertemuan tersebut, memksa Sulla mencari perlindungan di rumah Marius, yang kemudiannya memaksa Sulla untuk menyokong Sulpicius menyokong pro legislatif Italian. Menantu Sulla snediri terbunuh dalam rusuhan ini. Selepas Sulla meninggalkan Rom untuk kembali ke Nola, Sulpicius (selepas menerima janji dari Marius untuk menghapuskan hutang besarnya) memanggil Perhimpunan Dewan ("Deliberative assembly") untuk membatalkan keputusan Senate mengenai perintah Sulla, dan memindahkannya pada Marius. Sulpicius turut menggunakan perhimpunan itu untuk menyingkirkan Senator dari Senat Rom sehinggakan tidak cukup senator untuk membentuk quorum. Keganasan dalam Forum meletus, sesetengah bangsawan cuba melanyak Sulpicius (sebagaimana yang dilakukan pada saudaranya Gracchi, dan ke atas Saturninus) tetapi gagal apabila berhadapan dengan pengawal peribadi gladiatornya.

Sulla menerima berita mengenainya di kem kemenangan veteran Perang Social, menunggu di selatan Itali untuk menyeberang kembali ke Greece. Dia mengistiharkan langkah yang telah diambil bagi menentang dirinya, dan tenteranya merejam batu pada wakil perhimpunan yan datang untuk mengistiharkan bahawa pemerintahan Perang Mithridatic Rom. Ini merupakan langkah yang tidak pernah dilakukan. Tidak ada general sebelumnya pernah melintasi sempadan bandar, pomoerium, dengan tenteranya. Kebanyakan komandernya (dengan pengecualian saudaranya melalui perkahwinan dengan Lucullus) enggan mengiringinya. Sulla mewajarkan tindakannya berdasarkan bahawa Senate telah dilumpuhkan dan mos maiorum ("cara orang tua"/"cara tradisi", yang menyamai dengan perlembagaan Rom sungguhpun tidak ada darinya pernah dirumuskan sedemikian) telah disalahi melalui penyingkiran Senate ke atas hak konsol tahun itu untuk mengetuai perang tahun itu. Gladiator bersenjata gagal menentang tentera Rom yang teratur; dan sungguhpun Marius menawarkan kebebasan kepada mana-mana hamba yang akan menyertainya menentang Sulla (tawaran yang dikatakan oleh Plutarch hanya disambut oleh tiga orang hamba)[10] he and his followers were forced to flee the city.

Sulla mengukuhkan kedudukannya, dan mengistiharkan Marius dan penyokongnya sebagai hostes (musuh negara), dan berucap pada Senate dalam nada keras, menggambarkan dirinya sebagai mangsa, kemungkinannya untuk membenarkan kemasukan menggunakan kekerasan ke dalam bandar. Selepas menyusun politik bandar dan mengukuhkan kuasa Senate, Sulla kembali ke kemnya dan meneruskan rancangan asalnya untuk melawan Mithridates di Pontus.

Sulpicius dikhianati dan dibunuh oleh salah seorang hambanya, yang kemudiannya dibebaskan oleh Sulla sebelum kemudiannya dihukum bunuh. Marius, bagaimanapun, lari menyelamatkan diri ke Afrika. Dengan Sulla berada di luar Rom, Marius merancang kepulangannya. Semasa tempoh buang daerahnya Marius bertekad untuk memegang jawatan konsol kali ketujuhnya, sebagaimana diramalkan oleh Sibyl berabad sebelumnya. Menjelang akhir 87 BC Marius kembali ke Rom dengan sokongan Lucius Cornelius Cinna dan, semasa ketiadaan Sulla, mengambil alih kawalan bandar. Marius mengistiharkan pembaharuan Sulla dan undang-undangnya batal dan membuang daerah Sulla secara rasmi. Marius dan Cinna dilantik sebagai konsol bagi tahun 86 BC. Marius mati tidak lama kemudian, dan Cinna tinggal sebagai penguasa tunggal Rom.

Rujukan

WikiPedia: Lucius_Cornelius_Sulla http://books.google.bg/books?id=Z0Ykf4G40EMC&pg=PA... http://books.google.com/books?id=1DwOAAAAQAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=xOr9XsicOs8C&pg=P... http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Gazetteer/Pl... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/...